Assalamualaikum pembuka bicara., alhamdulillah pada kali ini ana masih diberi kelapangan dan kesempatan untuk menulis., pada kali ini tercuitnya hati ini untuk bercerita soal arena sukan pada masa kini., expecially BolA sEpak., yg menjadi kegilaan semua tanpa mengenal usia.
ASAL USUL PERMAINAN BOLA SEPAK
Terdapat pelbagai versi yang mengatakan bahawasanya ianya berasal dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Adayang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Manakala ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya.
PERISTIWA KARBALA
Penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid(anak mu'wiyyah) ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah. Penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah. Mereka berjanji akan taat setia kepada kepimpinan beliau dan sanggup berperang demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Lantas beliau utus Muslim bin ‘Aqil. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Antara beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.
‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.”
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq.
‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah.
Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
namun, saidina hussain tetap berkeras dengan jawapan:
Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:
Sejarah memaparkan bahawa Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufahyang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. (artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.)
pada 1 muharram (lebih kurang 640 masihi) di Karbala,Iraq,
setelah kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut :" Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira dia daripada kaum itu?" Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda?
tambahan pula pendedahan aurat oleh pemain-pemain bola sepak mendatangkan hukum fasiq keatasnya manakala penonton pula mengapa harus menonton pendedahan aurat itu??
Sunday, July 7, 2013
Thursday, July 4, 2013
ADAB DAN AKHLAK
Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca semua., moga kalian sentiasa berada dalam redha ALLAH hendaknya. sesungguhnya islam itu telah mendidik hati-hati umat islam agar bersifat dengan sifat yg terpuji.,Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat ego. Baginda suka mempermudah urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan mereka.
Didalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yg membawa maksud., “Gembirakanlah mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan mereka.”
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan kamu tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”
Didalam firman ALLAH:
Éè{ uqøÿyèø9$# óßDù&ur Å$óãèø9$$Î/ óÚÌôãr&ur Ç`tã úüÎ=Îg»pgø:$# ÇÊÒÒÈ
199. Terimalah apa Yang mudah
Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah
(jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya). (Surah Al-A’raaf: Ayat 199)
Sahabat yg dirahmati ALLAH S.W.T sekalian ,
seorang ahli sufi yg terkenal al imam hasan al basri memberi kata-kata hikmahnya : "barangsiapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu,baragsiapa tidak ada kesabaran bererti tidak ada agama. barangsiapa tiada sifat warak bererti tidak dekat dengan Tuhannya"
Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuliBaginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya..
Menjadi satu kejanggalan bagi seseorang individu apabila menguasai banyak ilmu seperti aqidah, ibadah, muamalah dan sebagainya namun ‘kosong’ bila ditanyakan akan bab akhlak. Ini kerana adab dan akhlak berkait rapat dengan keadaan sekeliling kita, sebagaimana seorang Muslim itu perlulah mempunyai adabnya dengan Allah Taala iaitu penciptanya, Rasulullah s.a.w. junjungannya, adab terhadap orang lain dan adab umum yang berubah mengikut acara.
Ibnu al-Mubarak pernah menyebut:
“Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun, dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (Ulama’) mempelajari adab kemudianmempelajari ilmu”.
Golongan yang bukan Islam lebih berasa hormat terhadap individu yang beradab berbanding individu yang memiliki segalanya namun tidak meletakkan adab sebagai hiasan diri. Kerana akhlak juga merupakan salah satu dakwah bil hal yang sering diamalkan oleh baginda s.a.w. berhadapan dengan golongan pembenci baginda s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berbuat baik terhadap jirannya”.
Kerana itulah sewajarnya bagi setiap Muslim itu menguasai adab terlebih dahulu sebelum menguasai ilmu-ilmu lain. Dengan itu, di sinilah bermulanyaperanan ibu bapa dalam mencorakkan corak asas dalam diri anak-anak supaya hasil yang lebih menarik dapat ditonjolkan. Berbanding corak yang cantikdan pelbagai tetapi tanpa asas yang betul, belum tentu hasil yang terbaik dapat diperoleh.
Hiasilah diri kita dengan adab-adab dan akhlak islam, bersifat sabar dan warak dalam setiap amalan dan perbuatan kita.
Wednesday, July 3, 2013
NIQAB
.Aurat wanita yang disepakati oleh ulama’ adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama’ sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing – bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
“Apakah hukum memakai niqab?”
Hanya sebilangan minoriti ulama’ sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil ”Wanita adalah aurat”
Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur)..
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur)..
“Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?”
Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”
Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
“Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!”
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” [An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” [An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Secara Umumnya :
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar’aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”
Menutup muka kerana timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata:
“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”
“Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?”
Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.
“Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian.”
Secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama’.
Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)