Sunday, July 7, 2013

BoLa sEPaK??

 Assalamualaikum pembuka bicara., alhamdulillah pada kali ini ana masih diberi kelapangan dan kesempatan untuk menulis., pada kali ini tercuitnya hati ini untuk bercerita soal arena sukan pada masa kini., expecially BolA sEpak., yg menjadi kegilaan semua tanpa mengenal usia.

ASAL USUL PERMAINAN BOLA SEPAK

Terdapat pelbagai versi yang mengatakan bahawasanya ianya berasal  dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Adayang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Manakala ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya. 

PERISTIWA KARBALA

Penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid(anak mu'wiyyah)  ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah. Penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah. Mereka  berjanji akan taat setia kepada kepimpinan beliau dan  sanggup berperang demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. 

Lantas beliau utus  Muslim bin ‘Aqil. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya  telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Antara beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.

‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.”

‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:

“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq.

‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah. 

Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.

Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut

3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.

4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.

namun, saidina hussain tetap berkeras dengan jawapan: 

Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270) 


Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. 

Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:

Sejarah memaparkan bahawa Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufahyang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. (artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.)
pada 1 muharram (lebih kurang 640 masihi) di Karbala,Iraq,

 setelah kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut :" Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira dia daripada kaum itu?" Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda?

tambahan pula pendedahan aurat oleh pemain-pemain bola sepak mendatangkan hukum fasiq keatasnya manakala penonton pula mengapa harus menonton pendedahan aurat itu?? 

Thursday, July 4, 2013

ADAB DAN AKHLAK

Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca semua., moga kalian sentiasa berada dalam redha ALLAH hendaknya. sesungguhnya islam itu telah mendidik hati-hati umat islam agar bersifat dengan sifat yg terpuji.,Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat  ego. Baginda suka mempermudah urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan mereka.

Didalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yg membawa maksud., “Gembirakanlah mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan mereka.”
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan kamu  tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”
Didalam firman ALLAH:
Éè{ uqøÿyèø9$# óßDù&ur Å$óãèø9$$Î/ óÚ̍ôãr&ur Ç`tã šúüÎ=Îg»pgø:$# ÇÊÒÒÈ  
199. Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).(Surah Al-A’raaf: Ayat 199)

Sahabat yg dirahmati ALLAH S.W.T sekalian , 
seorang ahli sufi yg terkenal al imam hasan al basri memberi kata-kata hikmahnya : "barangsiapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu,baragsiapa tidak ada kesabaran bererti tidak ada agama. barangsiapa tiada sifat warak bererti tidak dekat dengan Tuhannya"

Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuliBaginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya..

Menjadi satu kejanggalan bagi seseorang individu apabila menguasai banyak ilmu seperti aqidahibadahmuamalah dan sebagainya namun ‘kosong’ bila ditanyakan akan bab akhlakIni kerana adab dan akhlak berkait rapat dengan keadaan sekeliling kitasebagaimana seorang Muslim itu perlulah mempunyai adabnya dengan Allah Taala iaitu penciptanyaRasulullah s.a.w. junjungannyaadab terhadap orang lain dan adab umum yang berubah mengikut acara.
 
Ibnu al-Mubarak pernah menyebut:
“Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahundan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahundan adalah mereka (Ulama’mempelajari adab kemudianmempelajari ilmu”.
 
Golongan yang bukan Islam lebih berasa hormat terhadap individu yang beradab berbanding individu yang memiliki segalanya namun tidak meletakkan adab sebagai hiasan diriKerana akhlak juga merupakan salah satu dakwah bil hal yang sering diamalkan oleh baginda s.a.w. berhadapan dengan golongan pembenci baginda s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirhendaklah dia berbuat baik terhadap jirannya”.
 
Kerana itulah sewajarnya bagi setiap Muslim itu menguasai adab terlebih dahulu sebelum menguasai ilmu-ilmu lain. Dengan itudi sinilah bermulanyaperanan ibu bapa dalam mencorakkan corak asas dalam diri anak-anak supaya hasil yang lebih menarik dapat ditonjolkanBerbanding corak yang cantikdan pelbagai tetapi tanpa asas yang betulbelum tentu hasil yang terbaik dapat diperoleh.

Hiasilah diri kita dengan adab-adab dan akhlak islam, bersifat sabar dan warak dalam setiap amalan dan perbuatan kita. 




Wednesday, July 3, 2013

NIQAB

.Aurat wanita yang disepakati oleh ulama’ adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama’ sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing – bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
“Apakah hukum memakai niqab?”
Hanya sebilangan minoriti ulama’ sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil ”Wanita adalah aurat”
Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur)..

“Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?”
Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”
Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
“Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!”
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” [An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” [An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Secara Umumnya :
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar’aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”
Menutup muka kerana timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata:
“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”
“Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?”
Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.
“Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian.”
Secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama’.
Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah

Tuesday, April 23, 2013

MUSLIMNYA ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH


alhamdulillah..,, beberapa bulan yang lepas sy diberi kesempatan untuk membantu seorang pelajar paktikal  menyiapkan majalah tahunan INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM di Pengkalan Chepa., begitu byk kisah yang menyayat hati., saat menemu bual mereka, terbit dalam hati sy sangatlah bersyukur dilahirkan dalam islam..,Antara mualaf  yang sempat sy bersemuka adalah ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH., disini sukanya sy memaparkan serba ringkas kisah hidupnya.


Di awal usia kanak-kanak kami empat beradik tinggal bersama datuk dan nenek berserta pak cik dan mak cik sebelah ayah, manakala ayah pula menetap bersama keluarganya iaitu ibu tiriku di pulau pinang, ibu pula sememangnya aku tidak pernah sama sekali berpeluang menatap wajahnya walau sekali Cuma. Ketika usiaku meningkat 9 tahun ayah  membawa diriku bersamanya ke Pulau Pinang, aku bersekolah di sana sehingga tamatnya UPSR. Selama 3 tahun bersama ayah kemudian   aku berpindah ke Selangor, menetap dan bersekolah di sana. Tidak keterlaluan jika ku katakan keluargaku kacau bilau. Aku sendiri dibesarkan tanpa perhatian seorang ayah, tanpa kasih seorang ibu. Namun. Itu semua tidak  menjadi penghalang buat diriku untuk berjaya, aku nekad untuk membuktikan pada mereka walaupun tanpa mereka aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri . 

 Namun aku tahu, jiwa ini kosong
Dengan keputusan PMR yang agak cemerlang, aku ditempatkan ke aliran sains pada tingkatan empat. Namun, pada permulaan tingkatan lima aku mula menjadi remaja berjiwa kacau., aku ingin memberontak dengan kedua-dua ibu bapa ku atas kecelaruan keluarga kami.  jiwa aku mula menjadi kacau bilau., lantas  aku bertukar ke aliran sastera.keputusan ini dibuat kerana aku mula bosan memikirkan soal akademi lagi, malas untuk belajar. Sering menyalahkan orang tuaku. Natijahnya,keputusan SPM ku hancur berkecai., punah sudah segala harapanku selama ini.

Kehidupanku di Selangor tidak seperti di Sabah ataupun di Pulau Pinang , ini kerana di Selangor aku ramai berkawan dengan orang-orang islam. Itu semua tidak menjadi masalah bagiku. Dan aku sendiri tinggal serumah bersama sahabat-sahabat islam. Kami  menyewa di bawah satu bumbung.Tinggal serumah bersama orang-orang islam langsung tidak memberi apa-apa keanehan bagiku.
Namun, dalam diam aku mula mencari kesilapan demi kesilapan dalam diri muslim itu, dan juga setiap kelemahan yang ada dalam agama islam itu sendiri.   Aku mula membandingkan islam itu dengan Kristian yang mana aku pelajari di dalam kitab birble yang setengah darinya telah ku hafal. Aku  mula membuat pengkajian ku sendiri. Namun, tidak siapa menyangka lain pula yang ku temui, benar. birble telah di ubah beberapa kalinya , yang telah ku hafal ini entah cetakan  keberapa agaknya. Namun, alquran sebaliknya. Berbagai-bagai kebenaran yang nyata mula ku temui di dalam islam itu sendiri. Namun,  kerana ego, aku membutakan hatiku sendiri. Malah aku menidakkan segala-galanya walaupun semuanya sudah terang lagi bersuluh. Hati berdesis “lantaklah, agama dia”
Pada pagi syawal aku mendengar laungan takbir raya, sungguh ia memberi kesan yang mendalam pada jiwa ini, memandangkan aku sememangnya meminati bidang muzik ini, laungan takbir raya itu ku amati.,  aku mula bertanya pada rakan, katanya biasalah takbir raya di Malaysia memang mendayu dan sedih semacam., bila ku mendengar takbir raya di negara arab, melalui corong radio dan televisyen, memang  lain nadanya,   namun ada sesuatu yang membuat aku terpanggil., kuasa ALLAH tidak siapa menduga., sepertinya aku menemui sesuatu  di dalam jiwa kosong selama ini. 
Dengan bersebabkan kajian antara agama Kristian dan agama islam serta  dorongan ustaz dan ustazah keegoan ku yang melambung tinggi selama ini  terlerai dengan laungan takbir raya.
Alhamdulillah., bertarikhkan 19 OKTOBER 2010, bersaksikan tok imam, maka.,  terlafazlah kalimah suci  syahadah., oleh ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH. Ya, itulah nama islamku., bertitisan air mata tanda kesyukuranku padamu ILAHI.  Pada hari ini sungguh diriku telah mendapat  hadiah hari jadi yang  ke 18 yang sangat bermakna darimu YA RAB dan tidak mungkin dapat dibeli oleh sesiapa meskipun berbukit emas yang ditawarkan. Sungguh ISLAM AGAMAKU. Jika 18 tahun yang lepas aku dilahirkan di Hospital Besar Ranau, Sabah sebagai seorang KRISTIAN, keluar dari rahim seorng IBU  yang menganut agama Kristian., tanpa diazankan dan tanpa diiqamahkan seperti bayi islam yang lain, . Namun kini, di Masjid Agama Islam,Klang aku bergelar muslim.  Ketenangan, kepuasan dan kebahagiaan  hatiku ku kecapi.
Namun, segala-galanya tidak semudah yang dijangka, hati ini bagai di siat-siat dengan sebilah pisau, apabila terpaksa menyorokkan pengislaman daripada masyarakat dan keluarga.Sungguh tidak tertahan apabila kaki ini terpaksa melangkah ke gereja disaat diri bergelar muslim, aku butakan mata, pekakkan telinga apabila menahan kutukan, cacian, dan fitnah masyarakat bukan islam dan dari keluargaku sendiri. Sungguh keluargaku pasti kecewa dan marah yang teramat sangat kerana keluargaku dari  kalangan  penganut agama Kristian  yang punya pegangan dan kepercayaan yang kuat pada agamanya sehinggakan pada suatu ketika aku menerima ugutan bunuh oleh saudaraku sendiri.
Di saat itu Aku hanya mampu berdoa kepada ALLAH , dan cuba memberanikan diri untuk berdepan dan bercakap dengan orang-orang yang menentang kuat islam,  di samping itu juga aku mencari kekuatan dengan sentiasa meminta nasihat daripada ustaz,alhamduliilah.,aku merasa kemanisan ISLAM itu.

 nasihatku mereka di luar sana yang baru sahaja mengenal islam dan dalam samar-samar mencari kebenaran., yakinlah dengan pilihanmu, jlan inilah yang benar, buang yang keruh ambil yang jernih. Tentangan daripada masyarakat dan keluarga adalah lumrah setiap yang bergelar mualaf. Maka, banyakan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran. Ingatlah,  jika anda keseorangan Allah sentiasa bersama anda. Tambahan pula, ramai saudara baru yang lain yang boleh berkongsi suka duka. Kepada sekalian muslim, tetaplah imanmu, perbanyakan ibadahmu. Kepada yang sememangnya muslim dari keturunan nya, awasilah akhlakmu, berikan contoh yang terbaik kepada yang bergelar mualaf dan yang belum memeluk agama islam.


kini adam bergiat aktif dalan dunia seni seperti nasyid,  lakonan, nyanyian, dan juga tarian. beliau juga merupakan johan pertandingan tilawah alquran peringkat antarabangsa.sungguh cekal hati insan bernama adam muhibullah abdullah ini sehingga sampai  ke tahap