Tuesday, April 23, 2013

MUSLIMNYA ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH


alhamdulillah..,, beberapa bulan yang lepas sy diberi kesempatan untuk membantu seorang pelajar paktikal  menyiapkan majalah tahunan INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM di Pengkalan Chepa., begitu byk kisah yang menyayat hati., saat menemu bual mereka, terbit dalam hati sy sangatlah bersyukur dilahirkan dalam islam..,Antara mualaf  yang sempat sy bersemuka adalah ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH., disini sukanya sy memaparkan serba ringkas kisah hidupnya.


Di awal usia kanak-kanak kami empat beradik tinggal bersama datuk dan nenek berserta pak cik dan mak cik sebelah ayah, manakala ayah pula menetap bersama keluarganya iaitu ibu tiriku di pulau pinang, ibu pula sememangnya aku tidak pernah sama sekali berpeluang menatap wajahnya walau sekali Cuma. Ketika usiaku meningkat 9 tahun ayah  membawa diriku bersamanya ke Pulau Pinang, aku bersekolah di sana sehingga tamatnya UPSR. Selama 3 tahun bersama ayah kemudian   aku berpindah ke Selangor, menetap dan bersekolah di sana. Tidak keterlaluan jika ku katakan keluargaku kacau bilau. Aku sendiri dibesarkan tanpa perhatian seorang ayah, tanpa kasih seorang ibu. Namun. Itu semua tidak  menjadi penghalang buat diriku untuk berjaya, aku nekad untuk membuktikan pada mereka walaupun tanpa mereka aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri . 

 Namun aku tahu, jiwa ini kosong
Dengan keputusan PMR yang agak cemerlang, aku ditempatkan ke aliran sains pada tingkatan empat. Namun, pada permulaan tingkatan lima aku mula menjadi remaja berjiwa kacau., aku ingin memberontak dengan kedua-dua ibu bapa ku atas kecelaruan keluarga kami.  jiwa aku mula menjadi kacau bilau., lantas  aku bertukar ke aliran sastera.keputusan ini dibuat kerana aku mula bosan memikirkan soal akademi lagi, malas untuk belajar. Sering menyalahkan orang tuaku. Natijahnya,keputusan SPM ku hancur berkecai., punah sudah segala harapanku selama ini.

Kehidupanku di Selangor tidak seperti di Sabah ataupun di Pulau Pinang , ini kerana di Selangor aku ramai berkawan dengan orang-orang islam. Itu semua tidak menjadi masalah bagiku. Dan aku sendiri tinggal serumah bersama sahabat-sahabat islam. Kami  menyewa di bawah satu bumbung.Tinggal serumah bersama orang-orang islam langsung tidak memberi apa-apa keanehan bagiku.
Namun, dalam diam aku mula mencari kesilapan demi kesilapan dalam diri muslim itu, dan juga setiap kelemahan yang ada dalam agama islam itu sendiri.   Aku mula membandingkan islam itu dengan Kristian yang mana aku pelajari di dalam kitab birble yang setengah darinya telah ku hafal. Aku  mula membuat pengkajian ku sendiri. Namun, tidak siapa menyangka lain pula yang ku temui, benar. birble telah di ubah beberapa kalinya , yang telah ku hafal ini entah cetakan  keberapa agaknya. Namun, alquran sebaliknya. Berbagai-bagai kebenaran yang nyata mula ku temui di dalam islam itu sendiri. Namun,  kerana ego, aku membutakan hatiku sendiri. Malah aku menidakkan segala-galanya walaupun semuanya sudah terang lagi bersuluh. Hati berdesis “lantaklah, agama dia”
Pada pagi syawal aku mendengar laungan takbir raya, sungguh ia memberi kesan yang mendalam pada jiwa ini, memandangkan aku sememangnya meminati bidang muzik ini, laungan takbir raya itu ku amati.,  aku mula bertanya pada rakan, katanya biasalah takbir raya di Malaysia memang mendayu dan sedih semacam., bila ku mendengar takbir raya di negara arab, melalui corong radio dan televisyen, memang  lain nadanya,   namun ada sesuatu yang membuat aku terpanggil., kuasa ALLAH tidak siapa menduga., sepertinya aku menemui sesuatu  di dalam jiwa kosong selama ini. 
Dengan bersebabkan kajian antara agama Kristian dan agama islam serta  dorongan ustaz dan ustazah keegoan ku yang melambung tinggi selama ini  terlerai dengan laungan takbir raya.
Alhamdulillah., bertarikhkan 19 OKTOBER 2010, bersaksikan tok imam, maka.,  terlafazlah kalimah suci  syahadah., oleh ADAM MUHIBULLAH ABDULLAH. Ya, itulah nama islamku., bertitisan air mata tanda kesyukuranku padamu ILAHI.  Pada hari ini sungguh diriku telah mendapat  hadiah hari jadi yang  ke 18 yang sangat bermakna darimu YA RAB dan tidak mungkin dapat dibeli oleh sesiapa meskipun berbukit emas yang ditawarkan. Sungguh ISLAM AGAMAKU. Jika 18 tahun yang lepas aku dilahirkan di Hospital Besar Ranau, Sabah sebagai seorang KRISTIAN, keluar dari rahim seorng IBU  yang menganut agama Kristian., tanpa diazankan dan tanpa diiqamahkan seperti bayi islam yang lain, . Namun kini, di Masjid Agama Islam,Klang aku bergelar muslim.  Ketenangan, kepuasan dan kebahagiaan  hatiku ku kecapi.
Namun, segala-galanya tidak semudah yang dijangka, hati ini bagai di siat-siat dengan sebilah pisau, apabila terpaksa menyorokkan pengislaman daripada masyarakat dan keluarga.Sungguh tidak tertahan apabila kaki ini terpaksa melangkah ke gereja disaat diri bergelar muslim, aku butakan mata, pekakkan telinga apabila menahan kutukan, cacian, dan fitnah masyarakat bukan islam dan dari keluargaku sendiri. Sungguh keluargaku pasti kecewa dan marah yang teramat sangat kerana keluargaku dari  kalangan  penganut agama Kristian  yang punya pegangan dan kepercayaan yang kuat pada agamanya sehinggakan pada suatu ketika aku menerima ugutan bunuh oleh saudaraku sendiri.
Di saat itu Aku hanya mampu berdoa kepada ALLAH , dan cuba memberanikan diri untuk berdepan dan bercakap dengan orang-orang yang menentang kuat islam,  di samping itu juga aku mencari kekuatan dengan sentiasa meminta nasihat daripada ustaz,alhamduliilah.,aku merasa kemanisan ISLAM itu.

 nasihatku mereka di luar sana yang baru sahaja mengenal islam dan dalam samar-samar mencari kebenaran., yakinlah dengan pilihanmu, jlan inilah yang benar, buang yang keruh ambil yang jernih. Tentangan daripada masyarakat dan keluarga adalah lumrah setiap yang bergelar mualaf. Maka, banyakan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran. Ingatlah,  jika anda keseorangan Allah sentiasa bersama anda. Tambahan pula, ramai saudara baru yang lain yang boleh berkongsi suka duka. Kepada sekalian muslim, tetaplah imanmu, perbanyakan ibadahmu. Kepada yang sememangnya muslim dari keturunan nya, awasilah akhlakmu, berikan contoh yang terbaik kepada yang bergelar mualaf dan yang belum memeluk agama islam.


kini adam bergiat aktif dalan dunia seni seperti nasyid,  lakonan, nyanyian, dan juga tarian. beliau juga merupakan johan pertandingan tilawah alquran peringkat antarabangsa.sungguh cekal hati insan bernama adam muhibullah abdullah ini sehingga sampai  ke tahap 












No comments:

Post a Comment